Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersyukur pada ilahi masih di beri kesempatan untuk menyambut bulan yang penuh rahmat ini
(-.-) cepat betul masa berlalu ,pejam celik, pejam celik da bulan lapan da dan pada waktu yang sama dikala ini semua umat islam menunaikan perkara yang wajib iaitu berpuasa. Ya , bulan Ramadhan bulan yang mulia dan di saat ini umat islam tidak akan makan selepas Azan subuh dilaungkan sehingga Maghrib tiba , waktu itu kanak2 yang baru belajar berpuasa sudah tidak sabar untuk mengisi perut yang sudah sekian lama dibiarkan kosong itu.
Wahai temanku, ketika ini saat manis kita setiap tahun pada Bulan Ramadhan bermain di fikiranku keceriaan kita bersama membuatkan hati ini sangat merindui setiap detik dan aktiviti kita di asrama, walaupun semua itu sudah berlalu tapi ianya masih segar di ingatan ini suara gelak tawa kamu semua masih terngiang-ngiah di telinga ini, hinggakan hati ini begitu sebak sekali kerana rindukan kenangan kita semua. Kini semuanya berubah tiada lagi kedengaran semangat untuk bangun sahur, tiada lagi tawa riang yang selalu keluar dari mulut teman2 ku. Ramadhan tahun ini benar2 membuat aku rasa janggal kerana suasana Ramadhan di sini terlalu mendung tiada rasa meriah semeriah yang pernah ku alami selama tiga tahun berada di SMRA REPAH. Kadang-kadang aku cemburu juga melihat aspura yang lebih bersemangat itu jelas terlihat kemeriahan suasana bulan puasa. Hurm , waktu pagi di aspuri tiada siapa yang ingin mengejutkan rakan2 mereka untuk bangun sahur. Manakala di aspura sudah kedengaran suara yang melaungkan perkataan 'Sahur' bertalu-talu untuk mengejut rakan mereka sahur, dikala itu aku sudah sebak teringatkan kenangan lalu..
Tapi tak pe.. sebab hati aku tetap berasa gembira kerana aku masih sempat bertemu dengan bulan yang mulia ini "Bulan Ramadhan Almubarak"
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
sekian


No comments:
Post a Comment